Isnin, 16 Mei 2011

MENGAPA SEMBAH KAABAH..????

Mengapa sembah Kaabah? Persoalan itu selalu terngiang-ngiang dalam benak fikiran Jacky. 
lalu dia pergi bertanyakan kepada seorang sahabatnya Ahmad.


‎"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

... "Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."


maka terjawablah persoalan Jacky selama ini. 
 
(^_^)

Hikmah Sakit..~~AgaR diRi tiDak Lupa~~

Setiap orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahwa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.
Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk S...alman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”

Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Hikmah Sakit
Dalam Tabloid Syiar, Dr. Ahmad al-Syurbasi menulis ada lima hikmah dari sakit yang dialami manusia.

Pertama, 
Sakit merupakan kesempatan untuk beristirahat. Kecendrungan manusia saat sehat adalah memperlakukan tubuhnya laksana robot. Ia terus bekerja demi mengejar kenikmatan dan kesenangan materi tanpa henti dan tanpa memperhatikan kesehatan diri sendiri. Ia tidak menyadari bahwa otot-otot yang ada dalam tubuhnya memiliki keterbatasan.
Maka ketika seseorang sakit, ia memperoleh kesempatan untuk beristirahat, sambil melakukan introspeksi dan berpikir untuk memperbaiki pola hidupnya setelah ia sembuh nanti.

Kedua, 
Sakit merupakan pendidikan. Ketika seseorang sakit parah, ia akan memahami betapa mahalnya nilai kesehatan. Ia pun rela mengeluarkan segala yang ia miliki demi kesembuhan penyakitnya. Ketika seseorang sakit, ia akan meresakan betapa nikmatnya selalu ditemani, dilayani, disediakan makanan, dan yang paling nikmat dihibur. Maka, setelah sembuh nanti, ia akan tahu apa yang harus ia lakukan ketika orang lain yang sakit.

Ketiga
Sakit merupakan teguran atas kesombongan manusia. Ketika sehat, manusia terkadang bertingkah seolah-olah dialah yang paling gagah, paling berkuasa dan paling berpengaruh. Tapi ketika sakit menderanya, segagah apapun menusia, sebesar apapun manusia dan sebesar apapun pengaruhnya, ia tidak dapat beranjak dari tempat tidurnya. Ketika itu, ia tidak lebih dari seonggok tulang dan darah yang dibungkus kulit.

Keempat, 
Sakit merupakan kesempatan untuk bertaubat dan menghapus dosa. Hal ini bukan hanya dilakukan oleh yang saleh, orang sejahat apapun ketika sakit parah tak bisa berbuat apa-apa. Tangannya tidak ringan lagi. Mulutnya tak mampu mencacimaki lagi. Yang ada hanyalah penyesalan dan penyesalan. Di samping itu, sakit yang diderita manusia merupakan kesempatan untuk memohon ampun atas dosa-dosanya. Dalam hadits diterangkan. “Tidaklah seorang muslim tertimpa keletihan, sakit, kebingungan, kesedihan dan keruwetan hidup, atau bahkan tertusuk duri, kecuali Allah menghapus dosa-dosanya. (HR. Muttafaq Alaih).

Kelima
Sakit merupakan kesempatan untuk memperbaiki hubungan keluarga dan sosial. Ketika seseorang sakit, kerabat dekat akan semakin dekat, kerabat jauh akan menjadi dekat dan yang kenal akan semakin akrab. Ketika seorang anak sakit, orang tua akan semakin sayang dan perhatian terhadap anaknya. Sebaliknya, ketika orang tua sakit, sang anak akan semakin sayang dan hormat kepada orang tuanya.

Alangkah mulianya Allah yang telah meciptakan segala-galanya tanpa sia-sia. Hanya satu sakit yang Dia timpakan kepada manusaia. Akan tetapi, begitu banyak kebaikan yang dikandungnya. Kebaikan bagi si sakit yang sabar, kebaikan bagi orang tua dan keluarga yang melayani, kebaikan bagi masyarakat yang berbondong-bondong menjenguk, kebaikan bagi semua doa yang terucap.

Sumber : Kitab Yasalunaka fi al-Dinwa al-Hayat
 (SEKADAR PERINGATAN BUAT DIRI SENDIRI........MOGA ALLAH JAUHIKU DARI SIKAP SOMBONG DAN LUPA..AMINN YA RABB~~~)

~~Petua Mencuci Hati~~

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 x sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sa...yangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3X.

5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka).

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!

8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Menutup aurat mengikut Islam yang sebenar terutama wanita, bersegera dalam solat dan sebagainya.

17. Pesan pada orang, jadi baik.

18. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dan sebagainya), jangan dengar orang mengumpat.

: : uNTuk mEnjaDI mUsLiMin yang SeJaTI : :

 
Berikut adalah 40 nasihat Saiyidina Ali sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Nahjul Balagh dan Al-Bayan Wattabyeen r.a.

1. Pendapat seorang tua adalah lebih baik daripada tenaga seorang muda 

2.Menyokong kesalahan adalah menindas kebenaran

3.Kebesaran seseorang itu bergantung dengan qalbunya yang mana adalah sekeping daging

4.Mereka yang bersifat pertengahan dalam semua hal tidak akan
menjadi miskin

5.Jagailah ibubapa kamu,nescaya anak2mu akan menjagai kamu

6.Bakhil terhadap apa yang ditangan adalah tidak mempunyai
kepecayaan terhadap Allah

7.Kekayaan seorang bakhil akan turun kepada ahli warisnya atau ke angin.Tidak ada yang terpencil dari seorang yang bakhil


8.Seorang arif adalah lebih baik daripada arif.Seorang jahat adalah lebih jahat daripada kejahatan

9.Ilmu adalah lebih baikdaripada kekayaan kerana kekayaan harus dijagai ,sedangakan ilmu menjaga kamu

10.Jagalah harta bendamu dengan mengeluarkan zakat dan angkatkan kesusahan mu dengan mendirikan sembahyang

11. Sifat menahan kemarahan adalah lebih mulia daripada membalas dendam

12.Mengajar adalah belajar

13.Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan janganlah kamu jadikan keluargamu hina dan miskin

14.Insan terbahagi kepada 3 :
1.mereka yang mengenal Allah
2.mereka yang mencari kebenaran
3.mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.
Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing

15.Insan tak akan melihat kesalahan seorang yang bersifat tawadhu' dan lemah

16.Janganlah kamu takut kepada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah

17.Mereka yang mencari kesilapan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain

18.Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya

19.Manusia sebenarnya sedang tidur tetapi akan bangun bila ia mati

20.Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia2 kebenaran itu.

21.Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batas

22.Sifat seseorang tersembunyi disebalik lidahnya

23.Seorang yang membantu adalah sayapnya seorang yang meminta

24.Insan tidur di atas kematian anaknya tetapi tidak tidur di atas
kehilangan hartanya

25.Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya

26.Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat

27.Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran

28.Seorang yang hamba kepada syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba

29.Orang yang dengki marah kepada orang tidak berdosa

30.Putus harapan adalah satu kebebasan , mengharap (kepada manusia) adalah suatu kehambaan

31.Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan

32.Seorang akan mendapat tauladan di atas apa yang dilihat

33.Taat kepada perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar


34.Kejahatan itu mengumpulkan kecelaan yang memalukan

35.Jika berharta, berniagalah dengan Allah dengan bersedekah

36.Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang
dikatakannya

37.Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura2

38.Tidak ada pakaian yang lebih indah daripada keselamatan

39.Kebiasaan lisan adalah apa yang telah dibiasakannya

40.Jika kamu telah menguasai musuhmu,maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.

~~~~ InsyaALLAH.......~~~~

Sabtu, 14 Mei 2011

kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah..??

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

 

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

 

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

 

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

 

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

 

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

 

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

 

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

 

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

 

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

 Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

 

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

 

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Isnin, 9 Mei 2011

ROmAnTIK DaLaM IsLaM (^_^)



Kadang-kadang orang kita silap persepsi dengan menyangka bahawa budaya romantik itu datang dari Barat. Mereka menyangka Islam menganjurkan sikap tegas dalam hubungan lelaki-perempuan, hatta di kalangan suami isteri. Sangkaan begini terbukti silap.
Sebenarnya orang kita masih lagi terbelenggu dengan amalan kebanyakan masyarakat rumpun Melayu yang kadang-kadang malu tak bertempat dan tegas tak kena gaya. Hasilnya mereka tumpul budaya romantis dan kering dalam bercinta. Yang lebih ganjil lagi, ketika di luar ikatan perkahwinan, mereka bukan main romantik, tetapi bila sudah bernikah, mereka bersikap dingin dan hanya tahu romantik ketika di atas katil.




Sikap ini berbeza dengan sifat romantis Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam yang sentiasa bergaul dengan isteri dengan penuh mesra dan ceria. Kedudukan Baginda yang begitu tinggi di sisi Allah dan masyarakat tidak menghalang Baginda untuk bersama dengan isteri dengan penuh rasa cinta dan kasih.





Hal ini dapat dilihat daripada hadis riwayat Aisyah yang berkata;


لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ


Maksudnya;
"Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran" (Sunan Ibni Majah : 626)


Tidak dinafikan, perasaan cinta antara suami isteri itu kadangkala menebal, dan kadangkala menipis, lebih-lebih lagi dikala isteri dalam keadaan tidak suci ekoran haid dan nifas. Oleh itu, bagi hendak menghangatkan perasaan cinta antara suami isteri, perlu mempunyai daya kreatif masing-masing dalam melahirkan perasaan cinta bergelora.


Dengan hadis ini, Nabi SAW seakan-akan mengajar kepada kita tentang antara tindakan yang perlu dilakukan bagi menghangatkan balik perasaan cinta itu.







Justeru itu, sebagai suami, tidak seharusnya merasa malu untuk meletakkan kepala mereka di riba isterinya. Begitu juga, pihak isteri pula tidak selayaknya merasa janggal dengan tindakan suaminya itu sehingga menganggap tindakan sebegitu seperti tindakan anak dengan ibunya yang mahu bermanja.


Sesungguhnya bermanja antara suami isteri merupakan ibadat disisi Allah, yang melahirkan banyak kelebihan dari sudut keuntungan dunia, mahupun keuntungan di akhirat.


Keuntungan di akhirat adalah dengan balasan pahala, dan keuntungan di dunia adalah dengan kemesraan dan kebahagiaan yang wujud dalam kehidupan berumah tangga.


Dari hadis ini juga, kita akan dapat melihat betapa Islam adalah agama yang cukup memuliakan kaum perempuan berbanding apa yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyyah terdahulu.


Orang-orang jahiliyyah terdahulu, memandang perempuan yang berhaid sebagai jijik sehingga mereka meletakkan undang-undang adat mereka yang meletakkan perempuan seperti barang buangan dan barang terpakai.


Apabila datang Nabi SAW, baginda menyeru manusia kepada Islam yang memandang mulia kepada kaum perempuan, walaupun mereka secara fitrah mempunyai masalah bulanan, iaitu Haid dan Nifas.


Kemuliaan ini dibuktikan dengan tindakan Nabi SAW yang bermesra dengan isterinya yang sedang berhaid, dengan meletakkan kepala baginda di riba isterinya yang sudah pasti haid itu berada dikemaluan yang berhampiran dengan riba tersebut. Ini ditambahi lagi dengan tindakan nabi SAW membaca Al-Quran di kala kepala baginda SAW berada di riba Isterinya.


Ekoran dari itulah, Imam An-Nawawi (Aun Al-Ma'bud : 1/305.) menyatakan bahawa hadis ini menjadi dalil kukuh bahawa tidak dilarang membaca Al-Quran dalam keadaan berbaring dan bersandar pada orang perempuan yang sedang berhaid, malahan ianya juga menjadi dalil bahawa tidak menjadi kesalahan membaca Al-Quran berhampiran dengan najis.


- Artikel iluvislam.com
   (^_^)~~~~~~~~~~~~~~ (^_6)

inteam & mestica - kerana cinta


~~seMUA KeRanA ciNTA~~~

KERANA CINTA
Cinta itu cahaya sanubari......
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula.....

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala.....

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang....
begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan....

dan jangan pula
kerana bercinta
kita pun leka entah kemana
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama....

cinta yang sejati
hanya cintakan Illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya...

cintakan saudara....
 masa berada hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan....
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(^_^)

UNIC-ATAS NAMA CINTA eimies

Sabtu, 7 Mei 2011

^_^ jOm muhasabah Diri deNgan kATa-kaTa ni~~~



Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbimu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


Sepahit manapun hakikatnya, belajarlah menerima hakikat itu daripada kita terus mencari jawapan pada teka-teki yang tiada kesudahannya. Berpijaklah pada bumi nyata. Apapun yang terjadi, kerana Allah sayang padamu. Percayalah.



MEMBERI ternyata lebih NIKMAT daripada MENERIMA...
MEMAAFKAN ternyata lebih MELEGAKAN daripada BERDENDAM...
MENYAYANGI ternyata lebih MEMBAHAGIAKAN daripada DISAYANGI...
~Alhamdulillah..;')~


 
biLa tgn luka terkena pisau ketika bkerja d dapur,Allah ampunkan dOsa kciL..
BiLa kena attack Migrain berdenyut2 d kpaLa,Allah ampunkan dOsa kciL kita..
biLa deMam dtg tiba2,Allah ampunkan dOsa2 kciL kita lagi..
BiLa Di fitNaH oleh musuH,Allah sdg mngujI kita..
BiLa datangnya ujian2 yg menGanggu kesiHatan,Allah mngampunkan dOsa kita dn itU petanda Dia masiH sayangkan kita..sesungguhnya Allah Maha Pengampun~~


 
Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi. Amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah ditolak atau dijauhkan, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat.~

Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga...

 
(errmm...^_^~~campur adUk..but utk mUhaSaBaH DirI...XkiSahlaa.....huhu
LiKe tHis kat-kAta <3<3<3)

♥ ♥ ♥ COUPLE@ KHITBAH @ TUNANG ??? ♥ ♥ ♥


Percaya atau tidak, kita boleh 'bertunang' tanpa sedar? Ya, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin tidak tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:

Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.

Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"

"Kahwinlah dengan kita bila2"

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:

"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"

Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.

Kita orang melayu masa nak tunang bawak rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.

Persoalan ialah bila Ibu bapa tiada. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang bolehh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.

Bila perempuan tu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti belum baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(tidak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

(Wallahu A'llam ^_6 )

Ahad, 10 April 2011

ALLAH Maha Mengetahui

Ya ALLAH.....malam ni sye btul2 tak dapat tahan perasaan....Astaghfirullahhalazim...;'( Ya Allah...kuatkan hatiku ini........esok ada test...nak study tpi bila terdengar lagu Devotees(Kekasih) tetiba plak hati ni jadi luluh..sr lagu nih...hurm...mesti sebab baru je cakap soal 'die'...Astaghfirullahhalazim...aku dah semakin jatuh hati..!!! subhanallah..indahnya ciptaanMU..diriku betul2 tak dapat nak tipu hati...semakin ku cuba buangkan perasaan tu,smkin kuat plak perasaan tu... ;'( Ya ALLAH...dosa kh aku apabila jatuh hati dengan'nya'..?? bukan pintaku sakit begini..mencintai seorang yang tak sepatutnya ku cintai..salahku tolak soal hati..sdangkan hatiku btul2 menginginkan insan sepertinya...dambaanku..bahagianya ku bila dia ada..walau hanya mendengar kabar..Hanya ALLAH yang mengetahui apa yang ku rasa..diriku inginkannya..namun mana mungkin ku dapat berkongsi kasih..Ya ALLAH.. tunjukkan ku jalanMU...cintaku padanya bukanlah kerana nafsu semata-mata...hanay kerana satu perasaan yang telah ENGKAU kurniakan ikhlas dari hati hambaMU ini..cinta yang wujud tanpa ku sedari walupun belum pernah bertentang mata..keran cintanya kepadaMU..aku jatuh cinta padanya..kerana hatinya sentiasa bertaut padaMU,aku tertaut hati padanya...kerana tunjuk ajarnya yang sering membetulkan ku agar sentiasa mengingatiMU...Ya ALLAH...aku harus redha..mungkin bukan jodohku..datangnya walau sekejap dalam hidupku betul2 membuatkanku menghargai nikmatMU ya Allah...semakin kuat cintaku kepadaMU YA ALLAH...syukur...syukur...syukur...ALLAH...,lagu ni btul2 buat hatiku tdiam..sedangkan dah banyak kali dengar..tapi kali ni betul tak dapat nak ckap ape...hurm...Ya Allah...nape hati ni tetiba jadi macam ni..?? Hanya ALLAH sahaja yang Maha Mengetahui bicara hati ni... ;'( Ya ALLAH....nape feel down sesngat ni...?? ''HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL.......HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL.....HASBUNALLAHU WA NI'MAL WAKIL......ckuplah ALLAH itu menjadi pemberi petunjuk dan sebaik-baik penolong.."

YA ALLAH...jauhkan hambaMU ini dari mencintai seseorang sehingga melebihi cinta hambaMU kepadaMU YA ALLAH.....

Bismillahhirrahmannirahim...
Ya Allah...
Jika aku jatuh cinta lagi,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU...agar bertambah kekuatanku mencintaiMU...
Jika aku jatuh hati lagi,izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU agar tidak terjatuh aku dalam jurang nafsu....
Ya Rabbana,jika aku jatuh hati lagi, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMU...
Ya Rabbul Izzati,
Jika aku rindu,rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMU...
Ya Allah,jika aku menikmati cinta kasihMU,janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU ya ALLAH..
Jika ku jatuh hati pada kekasihMU, janganlah biarkanku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU...
Ya Allah,
Jika KAU halalkan aku merindui kekasihMU, janganlah biarkanku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hatiku abadi hanya kepadaMU...
AMIN YA RABB...~~~~~

Jumaat, 4 Mac 2011

"Kalau saye dah takda,baru awak b0leh menggatal dgn p0mpuan lain."

Ni 1 lg cter yg aku jmp msa tga2 belek home... hahahahaha.... cte ni mmg sdey bg aku... n aku harap cte ni bg pengajaran pada sesiapa pn... HARGAI DIA SEBELUM TERLAMBAT.... :)

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar

(adOi....xhabiz cOpy...ni Copy jer...sebab saye suke bace..hehe..(^_6))

Khamis, 24 Februari 2011

ReSepi PeLeMbUT haTi

Inginkah hati Anda menjadi lembut dan damai? Rasulullah SAW memberi resepi untuk itu. Kata beliau, ''Bila engkau ingin agar hati menjadi lembut dan damai dan Anda mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai. (HR Thabrani).

Hadis tersebut memberikan petunjuk kepada umat Islam bahwa salah satu cara untuk menenangkan batin dan mendamaikan hati ini adalah mendekati anak yatim, terlebih yatim piatu. Mengusap kepala mereka dan memberinya makan minum merupakan simbol kepedulian dan perhatian serta tanggung jawab terhadap anak yatim/piatu.

Berbuat baik terhadap anak yatim/piatu bukanlah sekadar turut membantu menyelesaikan lapar dan dahaga sosialnya. Tetapi, di sisi lain perbuatan itu merasuk ke dalam batin, menenteramkan hati, dan mendamaikan perasaan orang yang memberi perhatian kepada mereka. Berbagai ayat Alquran dan hadis Nabi banyak membicarakan betapa mulianya kedudukan anak yatim/piatu di mata Allah SWT.

Di dalam surat Ad-Dhuha ayat 9, Allah SWT melarang untuk melakukan kekerasan kepada anak yatim/piatu. Firman Allah SWT: ''Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.'' Anak yatim yang ditinggal wafat oleh ayahnya dan yatim piatu yang ditinggalkan ayah-ibunya, mendambakan belaian dan kasih sayang dari orang lain. Baik keluarga terdekat maupun dari yang lainnya. Ia mengharapkan tumpuan kasih sayang dan sebaliknya juga sekaligus menjaga sumber kasih dan ketenangan itu. Orang yang menenangkan hati dan perasaan anak yatim, ia pun akan memperoleh balasan seperti itu pula, yakni ketenangan batin.

Rasulullah SAW terkenal dengan kelemahlembutannya yang demikian tinggi terhadap anak yatim/piatu. Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahwa pada suatu hari raya Idul Fitri, Rasulullah SAW melihat seorang anak yatim, lalu beliau mengelus dan merangkulnya, berbuat baik padanya, membawa anak itu ke rumah beliau, lalu berkata kepada anak yatim itu, ''Wahai anak, maukah engkau bila aku menjadi ayahmu dan Aisyah menjadi ibumu?''

Jadi, anak yatim/piatu adalah sumber ketenangan batin, mendekati dan berbuat baik kepadanya akan menenangkan kalbu. Sebaliknya, jikalau anak yatim disakiti dan dizalimi, maka Allah SWT akan menurunkan kesengsaraan hidup kepada mereka yang berbuat sewenang-wenang itu. [Lalu Fahmi Husain]

(Sensitif plak bila baca ni....Rasulullah memang seorg yg memahami....ku titipkan air mata rasa bangga buatmu ya Muhammad...ku kirimkan doa buatmu wahai kekasih Allah....;') )

L0ve Allah

   .:i!i!i:...:i!i!i:.
    ALLAH LOVE
   '+, YOU ,+'
     "+...+"
      
Mungkin pernah seseorang mengingatkan mu:
"Aku mcintaimu..
Aku x mahu kehilanganmu.. Aku akan setia selamanya"
Namun akhir dia pergi meningglkanmu.. Tapi ada 1 peribadi yang mecintaimu dengan kisahNYA yang kekal & berkata:
"Aku megasihimu lebih dari yang kau tahu
"DIA LAH ALLAH" yang menjagamu selalu.

Air Mata Yang Tidak di Tuntut

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya. Janganlah menangis menonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan. Janganlah menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak naikkan pangkat yakinlah, rezeki itu adalah pemberian Allah.
 
Nabi Muhammad s.a.w bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."
 
"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"?? seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
 
"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
 
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Air matanya berlinang.
3. hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Kerana hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Rabu, 23 Februari 2011

Pintaku...D0aku...




“ Allahu Rabbi...
Ku minta izin… bila suatu saat aku jatuh cinta,

Jangan biarkan cintaku untukMu berkurang, hingga mambuatku lalai akan adanya Engkau”...

“Allahu Rabbi..
Aku punya pinta, bila suatu saat aku jatuh cinta,

Penuhilah hatiku dengan bilangan cintaMu yang tak terbatas agar rasaku padaMu tetap utuh”

“Allahu Rabbi... Pintaku yang terakhir adalah seandainya ku jatuh cinta, Jangan pernah palingkan wajahMu dariku, Anugrahkanlah aku cintaMu…

Cinta yang tak pernah pupus oleh waktu....
~~~Aminnn~~~

Selasa, 22 Februari 2011

Kalam Allah




Selamat tinggal wahai dunia duka....
Selamat datang wahai dunia iman

Burung yang patah sayapnya,tak akan mati karena luka...
Wahai hati yang sedih....

Sesungguhnya kesedihan telah
enyah dari jiwaku....

Kini aku terliputi rona merah,
Pada hakikatnya akulah muslim.......

Sekeping gelar yang kurasa cukup....
Sebab Al Qur’an adalah cercah cahaya kegelapan malamku.....

Islam adalah cinta dan kerinduan.....
Dekaplah aku wahai dunia kesucian,

Sahabatku adalah kebersihan hati....
hingga sentuh-Mu temui asaku....

Tatkala kini ku kibarkan bendera sunatullah,
dan kugenggam erat panji-panji-Mu,
yang menaungi tiap degup nafas hidup ku...

Ketika ini manusia menjadikan
syariat-Mu sebagai mecusuar

Manusia dalam kelambu
kebahagiaan.....

Hanya kerana...
karena syari'at Mu adalah Alqur'an..........

Malam ni Tak b0leh nak tit0

Mengade-ngade jer mata ni xnak tit0 malam ni..Allah..dah semangat nak study..last2 hanyut plak...huhu dari hanyut,baek tid0 jer..ad0iyai mata.tidur la lagi.bes0k kelaz pukul 8...jam dah cantik dah numburnya..2.22.ha tarikh p0n cantik gak..23.2 tapi 3 tu patut tukar..asing.huhu haaa...berm0n0l0g plak dah nih.bila nak tidur lagi ni??? Ermm..hati ni macam xtenang jer...apa yang akan berlaku?? Allah.apsal tetba rasa semcam..??berdbar pun ada...nape ni...Allah nape ni..??:'( 0tak ni pun xhbis berfikir yg bukan2...udah la tuu..hurm.sha tido la lagi.dh lewat...es0k kelaz law...tambah p0blem kat otak ni plak bes0k..xpasal2 hanya kerana xdapat nak f0kus..bertimbun plak otak ni...Astarfirrullah...sye tengah tenti0n ni..banyak sangat berfikir...Ya Allah...bertenanglah wahai hati...tenang..~~~tenang...~~~istifar banyak2...~~~..Allah...ya Allah...tenang wahai hati...~~~ hurm..nak tid0 laa..i will try.xbleh tenti0n2...rilex k...sl0w2...banyak sangat berfikir ni..xbaek pksa2.....zZzzZZzz..

Untukmu Sahabat

Dalam kesakitan teruji kesabaran,dalam perjuangan teruji keimanan...

Dalam ukhuwah teruji keikhlasan,dalam tawakal teruji ketaqwaan....

Dalam kerinduan teruji kesetiaan dan hargailah bila bersahabat,maafkanlah bila terluka...

Fahamilah bila keliru...

Nasihatilah bila terluka,tegurlah bila tersilap..

Ingatlah bila kesunyian..Itulah kehebatan ukhuwah fillah...

(^_^)...Habblumminannas...

Isnin, 21 Februari 2011

Tak Tercapai Akalku....

Assalammualaikumm...........tak tercapai akalku...sungguh.......tak terfikir,tak berniat...........


Bermulanya dari sebuah perkenalan....dengan masa yg agaksingkat....suatu yg tak di rancangkan...S pernah kecewa sebelum ni....cakap soal kecewa...mesti ramai yg dapat tangkap ape sebenarnya yg nak saye ceritakan.erm...asyik2 org citer benda yg cma kan....??? mugkin ya...tapi setiap org ada pnglaman nya sndiri...dah memang lumrah kehidupan....hal2 macam ni...mesti setiap org akan tetap alami...walupun xseparah mana...xseindah mana....yg pasti ia adalah stu kenangan.....yg namanya kenangan itu,sudah tentu ia mrupakan hari yg kita pernah lalui...xkisahlah ianya sedih mahupun gembira...apa yg lepas,itulah kenangan.......


Ermmmm......ckp soal knangn...memang lbih bnyak duka berbnding suka....huhu saat itulah bermulanya satu titik "kata dewasa" lahir dri hati s.....Ya....pengalaman memang mendewasakan....oleh itu...s akan trus cuba menganggap ia satu dugaan yg tak ternilai...walaupun pahit utk s telan...namun syg utk s buang....hati s pnah di miliki sblm ni.....ya...s xpnh pun rncng utk mngenalinya..semuanya tkdir...s snang bila ada yg sng brkwn dgn s....s xsuka ada brkwn hnya skdr kwn...s inginkn keikhlasan...coz s xsggup d permainkan...skian lama s kekalkan pendirian utk tidak 'bermain hati' di zman prsekolahan.....Alhamdulillah.....s dpt ykin kn dri s dgn pndpat s sndri dlm usha mngekalkn pndirian itu...


Tamat zman gemilang itu....s brknlan dgn srg ni....memang xsgka s jmpa yg baik sgt...walaupun ia merupakan pngalaman s yang pertama...hormat org tua...lmh lmbut...(sesuai dgn apa yg s mahukan..malah family s pun suka) ada ciri2 yg s inginkan....trutama yg ikhlaz ingin memliki s apa adanya....hurm...namun...langit xselalunya cerah.....hampir 3 tahun s memprthankan...dgn brmcm2 dugaan s tmpuh...namun sudh ketentuan...hanya stkat itu yg s mampu...nk di ceritakan..terlalu rumit.....Hanya Allah Yang Tahu.......~~~~~~~~


Saat bermula....minit..jam....hari demi hari....mggu.....bln...dan....~~~~~s mula senang dgn apa yg s lalui.......s dh x ingt kngn silam tu lgi.....s nk bukak bku baru....yg lepas biarlah lepas...tp jgn pnah jdikan ia sbgai smpadan kpd msa hdpan...itulah yg kwn2 s pnh nasihatkan.....s cuba trima....dan Alhamdulillah...s mampu...wlaupun payah sngat2.......Allah....s trsa brdosa sgt2 trlalu mngenang ksh lampau itu..namun seharusnya s ngenangkan dosa2 lampau s trhdap yang Maha Berkuasa....silap s terlalu mementgkan yg remeh.....yaa..sbgai manusia,ada kalnya kita sedar apa yg kita buat salah...dan ada kalanya kita hanyut dgn perasaan diri.....Nauzubillah...di jauhkan dri murkanya.......s syukur s mula sdr...xsharusnya s trlalu sdih dgn hal sdmikian....memang sukar namun s harus sdr...syukur s ada kwn yg byk mngmbil brt.....


Sekarangk, S sorg2......diam tak diam...s mampu "berdiri" walapun seorangg.....tp....kita ttp x pnah tahu apa yg Allah rancangkan utk kita pd saat..minit....jam...dan kektika yg seterusnya......samapai satu ketika...s berkanlanlah dgn seorg ni...."A"....


Ya hari2 s sng sejak knl dgn a....s taklah mksdkan yg a ni adlah penggati..X....s tak trpk pun...tak rncngpun.....dn xda niat pun nk lbih2...ya skdr kwn...dn xlbh dri tu.....s bknlah jnis yg cpt jtuh hati.....bknnya s nk mnyombong..Allah lebih tahu.....tp kalo s dh jtuh hati...sush utk s lupkan....s sush nk bnci,tp bila s dh mula bnci...~~~erm...memng xbaik mcm tu kan..tp itulah yg s rasa...ntahlah....s pun mnusia biasa...ada byk kekurgan...namun utk jd lebih baik,ttp s tanamkan di lubuk hati..agar sentiasa mndpt keredhaanNYA...ya..itu yg pting agar s dpt lalui hari2 dengan tenang....xnak serabut fikirkan yg xshrusnya pkkan.......


Perkenalan yg singkat...namun mendatangkan satu perasaan...tp bkn bg s...tp bg a....Yaa..a memang seorg yg baik...peramah...kelakar...s akui s juga senang bila brkwn dgn a....=) a ni kuat menyakat...kekadang s terhibur dgn suara a...coz a  ni suka mnyanyi....=) ntahlah satu mase tu...a tetba jer call then trus nyayi....hairan jugak s ...tp, s tahu a nmpak mcm ada prsnl pblem...s xbrni nk tnya..tkt slah tnya...a mngaku a senang brkwn dgn s...ntahlah tiap kali a nyayi....s dpt rsa yg a sdng hiburkan dri....s faham....s suka kalau ada yg sng brkwn dgn s....s sntiasa cuba buat yg terbaik untuk kawan s....namun s xdapat nk bls persaan a....trlalu singkat perkenalan s dan a....terlalu banyak yangg s xtahu tentang a...ya sekadar jika firasat, s hanya firasat itu menilai siapa a...memang s dapat rasa a ni baik dan s dpt kenal a ni jnis yang macamana melalui sikap a...namun tetap belum cukup kukuh untuk s menilai....bkn itu shja,s masih belum dapat terima sesiapapun dalam hidup s...jika hanya sekadar kwn,s mungkin dapat..tapi bukan utk itu.....~~~~~


Hari2 s seperti biasa...namun a jarang berhubung dgn s lgi...ntahlah...s pun xtahu kenapa....mula s xkisahpun...takut a ada masalah ke mase tu....s xberani nak ganggu a....biarlah.....~~~~namun.......s xsenang hati.....ntah kenapa s xsenang hati bila a xda khabarkan apa2 berita....s cuba berhubung a...manalah tahu s dah buat silap..trlanjur kata....s mohon maaf....memang a balas pertanyaan s..namun a jwb x seperti biasa...a nampak len...(s ada buat salah ker..???terlanjur kata...???Allah apa s dh buat...???;'(....) s snyi a xkhabarkan apa2...nape dengan a..?? saat tu s xtahu apa yg rasakan sebenarnya... ntahlah....(erm...ntah2 s daaahh........XXXX XMUNGKIN...!!!) s xnak tu terjadi....Allah...nape s rasa semacam jer bila a xkhabr brta.....s xnak s jatuh hati.... s xkuat nak lalui bnda ni buat masa ni....~~~ntah sampai satu masa s terlanjur kata....s membuat pengkuan...wlaupun dalam nada gurauan..(setelah a mula berhubung dgn s kembali dan menyakan khabar..nyata,a masih seperti dulu..cuma a nampak macam nak jauhkan diri)..namun hati s ikhlaz.......dan s tahu, a tahu apa yang s nak katakan.....sedihnya bila s dapat tahu yg sudah pun mengikat janji dengan yg lain....pengakuanya..~~~~
(A : S, saat s xpernah membalas kata hati A,sahabat lama a telahpun meluahkan hasrat hatinya dgn membuat pengakuan jujur bahawa dia juga pernah menyimpan perasaan terhadap a....a terima dan a janji utk mengikatnya....maafkan A kerana tidak berterus terang terus...)
S memang terkejut....knpa a xcakap awl2....kenapa a maseh mnyimpan rasa dengan s...??s jujur terhadap a...tapi saat s jujur itu, s xtahu yg a dah mengikat yg lain...jika s tahu...s xkan cakap benda yg s xmahu ckap....s xnak s ganggu hidup org...


Namun s tetap berdoa agar a bhgia hingga ke akhirnya.....amin......s xmengharapkan apa2....s skdr hnya ingin meluah apa yg s buku....namun masih xpasti apakah s betul2 dah jatuh hati,atau sekadar sunyi......s redha......s syukur a dah temui apa yang a harapkan.."dia" sangat sesuai dengan a..yalah jika dibndingan dengan s..s tahu....alhamdulillah.....sekarang,s xpernah fikirkan soal tu lagi....=) s cukup puas bila dapat luah apa yg s rasa...biar s xdapat balasannya....tapi itu bkn yg s inginkan...s hnya inginkan supaya a tahu....hanya itu......


Alhamdulillah....s senang dengan hari2 s.....kwn2 s....dan s jarang berhubung lagi dengan a....s xnak ganggu a...biarlah a dengan kehidupannya....=) s tumpang gembira....
~~~~~~~Ntah satu masa....xdijangka....a call s...dan tanya...
A : S...nanti kalo A kwen....s A nk S prgi boleh...?
S : insyaAllah...jika xda hlngan....S akan pergi k....
A : itu satu...A ada satu soalan lagi ni.....S nak hidup berMadu..?
S : (Ya Allah....soalan apakah itu......Sungguh Tak Tercapai Akalku dgn soalan sbgini....Sungguh...!!~~terdetik s seketika...) erm......kenapa A tanya macam tu...??
A : S,ni adalah permintaan "dia"....S nak....??
S : mmmm......A cerita kat "dia" ke...??
A : S..A xboleh nak tipu....S xnak cakap bohong...A jujur kat "dia"...ya A dah ceritakan segalanya kat "dia".....dan itu adalah permintaan "dia" utk bermadu.....
S : A........S dh lama undur diri....S akan doakn A dan "dia" bhgia hingga ke akhir hayat....amin......xpayahlah tanya soalan tu.....
A : erm....syukran.....143.....asslkm......

~~Ya Allah....S dan tutup hal ini...tapi nape A still bleh bg harapan mcm tu...?? ;'( S dah lupe dah...S harap....A xkan tanye soalan tu lg.......S Tak Terpikir pon hal ini akan trejadi......."Mulut mungkin mengatakan Ya....namun Hati tetap akan sangsi....Mana Mungkin ianya akan terjadi................Soal Hati memang susah...Hanya Satu bisa mengerti.....~~

S akan sntiasa mendoakan kebaikan buat kalian....s xkisah pun soal tu....biarlah masa yg menentukan...masih jauh perjalan s...kita hanya merancang....tapi,ALLAH yang menentukan......ketentuan xda siapa yang tahu...Moga Ikatan Ukhuwah yang dibina kekal ke akhirnya.....Aminnnn......




                         ~~~~Barakallah Hufikum~~~~~                    Ikhlaz dari"S"

(rekaan semata-mata....tatkala ana keboringan...hehehe ngeee....jangan tetttt.....maaf ye ayat tunggang langgang...huhuhuhu lalalalalalalal errmmmmmm)

Isnin, 17 Januari 2011

Muhasabah Diri

Ku minta pada Allah setangkai bunga yang segar,
Namun,DIA berikan kaktus yang berduri.....
Ku pinta pula kupu-kupu,
Namun DIA berikan ulat.....
Ku sungguh kecewa dan bersedih..lantaran aku terus sentiasa bersabar....
Namun kemudian..Kaktus itu berbunga...indah sekali.....
dan ulat itu berubah menjadi kupu-kupu yang sangat cantik....
Kadang-kadang,Allah sembunyikan matahari..
DIA datangkan petir dan kilat...
kita bersedih dan tertanya-tanya..
Kemana hilangnya matahari...
Rupa-rupanya...Allah nak hadiahkan Pelangi yang indah...(^_^)


Begitulah Allah mengasihi kita...kadang-kala,Allah tak berikan apa yang kita nak...tapi Allah nk berikan yang terbaik untuk kita...


WALLAHU A'LLAM........